Refleksi Keseluruhan Aktiviti
Refleksi aktiviti :
§
Kami berempat berasa sangat gembira
kerana dapat berkongsi ilmu dengan orang lain yang mana merupakan kali pertama
kami melakukan perkongsian ilmu yang luar daripada pelajaran kami. Aktiviti ini
bukan sahaja memberi manfaat kepada pendengar sahaja malah secara tidak
langsung memberi manfaat kepada kami.
§
Kami juga dapat merapatkan silaturrahim
antara kami bukan sahaja antara kami berempat malah juga antara ahli rumah kami
. Melalui aktiviti ini kami dapat kenal dengan lebih mendalam tentang diri
masing-masing tidak kira baik ataupun buruk. Ketika menjalankan tugasan ini
kami dapat menerima kebaikan dan keburukan yang ada pada kami dengan hati yang
terbuka.
§
Kami juga dapat bertukar-tukar idea
untuk mendapat idea yang baru dan lebih bernas. Walaupun ada kala kami
bercanggah idea, tetapi kami dapat menyelesaikannya dengan cara yang baik dan
setiap keputusan dapat diterima oleh setiap ahli kumpulan. Di samping itu, kami juga dapat menjana pemikiran yang
lebih mampan dalam memikirkan idea yang baharu bagi melaksanakan projek
ini.
§
Seterusnya, ketika kami ingin menemu
bual auntie Mariammah , kami semua berasa segan dan takut untuk mendekati dia,
tetapi masing-masing telah mengumpul
semangat untuk pergi dan menegur auntie
Mariammah. Dari sini , secara tidak langsung dapat memupuk sifat berani dalam
diri kami berempat.
§
Dalam proses menemu bual , kami berasa sangat selesa kerana
layanan yang diberikan adalah sangat baik dan auntie juga dapat menjawab soalan
kami dengan hati yang terbuka walaupun terdapat soalan yang mungkin sedikit
sensitif. Kami kagum dengan sifat keterbukaan kaum India yang selama ini kami mempunyai tanggapan yang kurang baik
tentang kaum India yang mana pada mulanya kami menggambarkan kaum India ini
merupakan satu kaum yang agak agresif.
§
Akhir sekali, kami dapat menimba
pengalaman yang baharu bersama-sama. Dalam perjalanan kami sepanjang menyiapkan
projek ini, kami telah menghadapi
pelbagai pengalaman yang tidak pernah kami lalui ada yang menakutkan ,
melucukan, menggembirakan mahupun memenatkan. Ketika kami pergi Little India,
kami dapat melihat pelbagai ragam kaum India secara individu, bersama-sama rakan
dan juga yang berkeluarga.
§
Secara keseluruhannya kami sangat
berpuas hati dengan kerja yang telah kami lakukan walaupun terdapat masa yang
memenatkan di mana kami perlu berjalan jauh untuk mencari maklumat. Walaupun
begitu, kami sangat gembira kerana dapat bekerja bersama-sama dengan baik
sekali. Akhir sekali, kami berharap kami dapat lagi peluang untuk melakukan
projek-projek yang sebegini yang mana kami boleh berjalan jauh untuk mendapatkan
maklumat dan pengalaman baru.
Sekian dari kami berempat. Semoga dapat manfaat daripada aktiviti kami selama ini. :)
Khidmat Masyarakat
Pada hari ini kami telah membuat aktiviti aktiviti khidmat masyarakat. Dalam aktiviti ini, kami telah memilih untuk membuat perkongsian ilmu bersama housemate saya . Kami telah memberi sehelai kertas yang mengandungi kata- kata semangat :
Selain itu, kami juga telah membuat satu aktiviti iaitu padankan 8 adab belajar pada gambar yang bersesuaian.
Kami telah menerangkan beberapa adab belajar yang tertera kepada mereka untuk memberi pemahaman yang lebih mendalam kepada mereka sekali gus menambahkan pengetahuan kami sendiri.
Kepentingan beradab ketika menuntut ilmu :
- Supaya dirahmati oleh Allah
- Supaya ilmu menjadi lebih berkat
- Supaya ilmu mudah difahami
- Supaya ilmu yang dipelajari dapat memberi manfaat kepada diri dan orang lain,
- Supaya ilmu tidak disalah gunakan.
Di samping itu, saya juga dapat menyertai aktiviti kawan saya yang juga melakukan khidmat masyarakat ini. Aktiviti yang dilakukan adalah untuk mengajak kepada aktiviti menabung. Kami telah membuat satu tabung untuk digunakan bersama-sama.
Faedah aktiviti menabung :
- Meningkatkan pendapatan
- Untuk kegunaan masa hadapan
- Dapat memupuk sifat berjimat cermat
- Dapat mengelak sifat boros dan pembaziran
- Dapat mengurus wang dengan baik.
Refleksi aktiviti :
- Kami berempat berasa sangat gembira kerana dapat berkongsi ilmu dengan orang lain yang mana merupakan kali pertama kami melakukan perkongsian ilmu yang luar daripada pelajaran kami. Aktiviti ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pendengar sahaja malah secara tidak langsung memberi manfaat kepada kami.
- Kami juga dapat merapatkan silaturrahim antara kami bukan sahaja antara kami berempat malah juga antara ahli rumah kami . Melalui aktiviti ini kami dapat kenal dengan lebih mendalam tentang diri masing-masing tidak kira baik ataupun buruk. Ketika menjalankan tugasan ini kami dapat menerima kebaikan dan keburukan yang ada pada kami dengan hati yang terbuka.
Perjalanan kami :D
2 NOVEMBER 2014 -
Kami telah pegi ke Little India di Klang untuk melihat sendiri cara kehidupan masyarakat India. Kami telah bertolak dari Uitm Puncak Alam ke Little India pada pukul 11 am.
Di sana kami dapat melihat pelbagai ragam masyarakat India, cara pemakaian mereka, jenis ekonomi mereka dan lain-lain lagi.
Dari segi pemakaian mereka, masih ada yang mengekalkan pakaian tradisional mereka tidak kira kaum tua mahupun kaum tua. Selain itu, ada juga yang memasukkan fesyen moden ke dalam pakaian tradisional .
Seterusnya dari segi ekonomi mereka, kami dapat melihat banyak kedai tekstil, kedai yang menjual pakaian tradisional kaum India seperti sari dan kurta. Terdapat banyak jenis kain yang dijual dan terdapat jenis fesyen yang dikenakan dengan pakaian tersebut terutamanya sari.
Terdapat juga kedai yang menjual tokong dan alatan ritual mereka,
Kami juga berkesempatan untuk menemu ramah seorang wanita India yang merupakan seorang peniaga pakaian di sana. Kami menggunakan panggilan auntie untuk rasa lebih dekat dan mesra.
Biodata :
- Nama : Mariammah
- Umur : 52 tahun
- Pekerjaan : Peniaga pakaian
- Waktu bekerja : 10 am - 11 pm
Kami menanyakan beberapa soalan untuk mengetahui lebih lanjut tentang kehidupan mereka.
Dari segi ekonomi, beliau telah berniaga selama 7 tahun dan menghadapi banyak cabaran kerana untung berniaganya telah makin merosot . Sebelum beliau membuka kedai, beliau telah berniaga di pasar di mana beliau perlu menyewa khemah. Seterusnya dari segi penjagaan anak beliau, beliau telah memberitahu kami bahawa beliau mendidik anak tanpa ada kekerasan. Beliau cuba memahami cara anak muda. Beliau mempunyai dua orang anak di mana seorang merupakan ahli pharmacist dan seorang lagi masih belajar di kolej swasta. Kami berasa kagum dengan beliau kerana berjaya mendidik anak-anak dengan baik sekali.
Setelah selesai kami telah singgah pasaraya mydin untuk menghilangkan rasa haus masing-masing. :D
Sedang kami berjalan, kami telah bertemu satu keluar yang berpakaian sari lengkap , dan mengambil kesempatan tersebut untuk bergambar bersama mereka.
Pengenalan Kepada Tamadun India.
Sejarah Tamadun India
Peta Lokasi
- Wujud antara tahun 2500-1800 S.M.Selepas tempoh ini
tamadun Indus telah mengalami keruntuhan kerana kedatangan orang
Aryan.
- Dikenali sebagai Zaman Vedik-->merupakan permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat tersebut kerana pada zaman itulah lahirnya agama Hindu.
- Menjelang abad ketujuh Sebelum Masihi perhatian masyarakat tersebut beralih ke Lembah Ganges.
Pentadbiran &
Perundangan
- Mempunyai dua bentuk kerajaan,iaitu kerajaan kecil dan kerajaan besar.
- Kerajaan kecil bersifat kepuakan dan tidak mempunyai raja. Manakala kerajaan besar diketuai oleh raja seperti kerajaan Kashi, Kosala, dan Magadha.
- Raja mengamalkan kuasa mutlak.
- Golongan Brahmin yang bertindak sebagai penasihat dan diikuti dengan golongan Kryatria yang menjadi pemerintah tertinggi serta merupakan golongan dominan.
Ekonomi
- Pusat perdagangan yang penting termasuklah Anga,Kalinga, dan Karusa yang menghasilkan senjata,gading gajah, emas, berlian dan mutiara.
- Hubungan perdagangan dengan Macedonia,
Sri Lanka, rantau Asia Tengah dan Asia Tenggara.
- Pelabuhan yang penting yang
menghubungkan India dengan negara luar termasuklah Tamralipti,
Ghantashala, Chaul, Kalyan dan lain-lain.
- Persatuan perdagangan dan perusahaan yang dikenali sebagai stresthin di setiap bandar. Matlamat adalah untuk mengawal harga, kualiti barangan, dan gaji pekerja.
- Mata wang emas digunakan sebagai
medium jual beli.
- Aktiviti perdagangan sejak Zaman Maurya sangat disokong oleh perkembangan dalam sektor perusahaan terutamanya pengeluran tekstil, kain kapas dan sutera.
Agama
Hindu
- Percaya bahawa Tuhan mempunyai enam
aliran ,iaitu Saivisme, Vaishnavisme, Saktham, Ganapathyam,
Kaumaramdan Saura.
- Agama ini mendapat saingan daripada agama Buddha terutamanya semasa pemerintahan Chandragupta Maurya dan Asoka. Kegemilangan agama Hindu muncul pada masa empayar Gupta.
- Penganut agama Hindu juga mempercayai Hukum Karma yang bersabit dengan kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati.
Asal-usul perkembangan orang India
- Sejak dari awal lagi, Tanah Melayu telah
dikunjungi oleh pedagang-pedagang India dan golongan
Brahmin.
- Selain berdagang, mereka turut mengembangkan
agama Hindu dan Buddha di Tanah Melayu.
- Jumlah orang India di Tanah Melayu semakin bertambah pada abad ke-15 pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Mereka mula mendirikan petempatan awal di Melaka yang dikenali sebagai “Kampung Keling”.
- Pembukaan Pulau Pinang oleh Francis Light pada tahun 1786,
menambahkan jumlah orang India di Tanah Melayu.
- Menjelang tahun 1870-an, Kerajaan Inggeris telah menggalakkan
kemasukan buruh India secara beramai-ramai di Tanah Melayu akibat
perkembangan pertanian dagangan seperti kopi dan getah.
-
Pada tahun 1891, jumlah penduduk India di Tanah Melayu ialah 75,000 orang dan meningkat kepada 622,000 orang pada tahun 1931.
-
Sebahagian besar buruh India di Tanah Melayu berasal dari India Selatan (Madras) dan India Utara (Punjab).Terdiri daripada beberapa kumpulan etnik seperti Tamil, Malayali, Telugu, dan Sikh.
-
Kebanyakannya tinggal di kawasan ladang atau estet-estet getah dan kelapa sawit. Sebahagiannya ada menetap di bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Taiping, Pulau Pinang dan Singapura.
CARA KEMASUKAN BURUH
INDIA
Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Sistem Buruh Kontrak |
Sistem Kangani |
Sistem Buruh Bebas |
Majikan biayai tambang | Kangani bermaksud ketua/mandur
|
Buruh datang sendiri |
Buruh bekerja dengan majikan untuk jangka masa
tertentu |
Kangani diberi lesen & dihantar pulang ke
india |
Biayaan sendiri |
Bayaran minima sahaja |
kangani seperti pengurus agensi | Kedatangan di atur oleh orang/ kumpulan |
Penindasan buruh terjadi | Diharamkan-penyelewengan kangani itu
sendiri |
Bebas memilih tempat & pekerjaan |
Sebab Penghijrahan Orang India ke Tanah Melayu
|
|
|
|
|