Refleksi Keseluruhan Aktiviti
Refleksi aktiviti :
§
Kami berempat berasa sangat gembira
kerana dapat berkongsi ilmu dengan orang lain yang mana merupakan kali pertama
kami melakukan perkongsian ilmu yang luar daripada pelajaran kami. Aktiviti ini
bukan sahaja memberi manfaat kepada pendengar sahaja malah secara tidak
langsung memberi manfaat kepada kami.
§
Kami juga dapat merapatkan silaturrahim
antara kami bukan sahaja antara kami berempat malah juga antara ahli rumah kami
. Melalui aktiviti ini kami dapat kenal dengan lebih mendalam tentang diri
masing-masing tidak kira baik ataupun buruk. Ketika menjalankan tugasan ini
kami dapat menerima kebaikan dan keburukan yang ada pada kami dengan hati yang
terbuka.
§
Kami juga dapat bertukar-tukar idea
untuk mendapat idea yang baru dan lebih bernas. Walaupun ada kala kami
bercanggah idea, tetapi kami dapat menyelesaikannya dengan cara yang baik dan
setiap keputusan dapat diterima oleh setiap ahli kumpulan. Di samping itu, kami juga dapat menjana pemikiran yang
lebih mampan dalam memikirkan idea yang baharu bagi melaksanakan projek
ini.
§
Seterusnya, ketika kami ingin menemu
bual auntie Mariammah , kami semua berasa segan dan takut untuk mendekati dia,
tetapi masing-masing telah mengumpul
semangat untuk pergi dan menegur auntie
Mariammah. Dari sini , secara tidak langsung dapat memupuk sifat berani dalam
diri kami berempat.
§
Dalam proses menemu bual , kami berasa sangat selesa kerana
layanan yang diberikan adalah sangat baik dan auntie juga dapat menjawab soalan
kami dengan hati yang terbuka walaupun terdapat soalan yang mungkin sedikit
sensitif. Kami kagum dengan sifat keterbukaan kaum India yang selama ini kami mempunyai tanggapan yang kurang baik
tentang kaum India yang mana pada mulanya kami menggambarkan kaum India ini
merupakan satu kaum yang agak agresif.
§
Akhir sekali, kami dapat menimba
pengalaman yang baharu bersama-sama. Dalam perjalanan kami sepanjang menyiapkan
projek ini, kami telah menghadapi
pelbagai pengalaman yang tidak pernah kami lalui ada yang menakutkan ,
melucukan, menggembirakan mahupun memenatkan. Ketika kami pergi Little India,
kami dapat melihat pelbagai ragam kaum India secara individu, bersama-sama rakan
dan juga yang berkeluarga.
§
Secara keseluruhannya kami sangat
berpuas hati dengan kerja yang telah kami lakukan walaupun terdapat masa yang
memenatkan di mana kami perlu berjalan jauh untuk mencari maklumat. Walaupun
begitu, kami sangat gembira kerana dapat bekerja bersama-sama dengan baik
sekali. Akhir sekali, kami berharap kami dapat lagi peluang untuk melakukan
projek-projek yang sebegini yang mana kami boleh berjalan jauh untuk mendapatkan
maklumat dan pengalaman baru.
Sekian dari kami berempat. Semoga dapat manfaat daripada aktiviti kami selama ini. :)