Khidmat Masyarakat
December 11, 2014 at 3:47 pm,
No comments
10 DISEMBER 2014 Pada hari ini kami telah membuat aktiviti aktiviti khidmat masyarakat. Dalam aktiviti ini, kami telah memilih untuk membuat perkongsian ilmu bersama housemate saya . Kami telah memberi sehelai kertas yang mengandungi kata- kata semangat :
Selain itu, kami juga telah membuat satu aktiviti iaitu padankan 8 adab belajar pada gambar yang bersesuaian.
Kami telah menerangkan beberapa adab belajar yang tertera kepada mereka untuk memberi pemahaman yang lebih mendalam kepada mereka sekali gus menambahkan pengetahuan kami sendiri.
Kepentingan beradab ketika menuntut ilmu :
- Supaya dirahmati oleh Allah
- Supaya ilmu menjadi lebih berkat
- Supaya ilmu mudah difahami
- Supaya ilmu yang dipelajari dapat memberi manfaat kepada diri dan orang lain,
- Supaya ilmu tidak disalah gunakan.
Di samping itu, saya juga dapat menyertai aktiviti kawan saya yang juga melakukan khidmat masyarakat ini. Aktiviti yang dilakukan adalah untuk mengajak kepada aktiviti menabung. Kami telah membuat satu tabung untuk digunakan bersama-sama.
Faedah aktiviti menabung :
- Meningkatkan pendapatan
- Untuk kegunaan masa hadapan
- Dapat memupuk sifat berjimat cermat
- Dapat mengelak sifat boros dan pembaziran
- Dapat mengurus wang dengan baik.
Refleksi aktiviti :
- Kami berempat berasa sangat gembira kerana dapat berkongsi ilmu dengan orang lain yang mana merupakan kali pertama kami melakukan perkongsian ilmu yang luar daripada pelajaran kami. Aktiviti ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pendengar sahaja malah secara tidak langsung memberi manfaat kepada kami.
- Kami juga dapat merapatkan silaturrahim antara kami bukan sahaja antara kami berempat malah juga antara ahli rumah kami . Melalui aktiviti ini kami dapat kenal dengan lebih mendalam tentang diri masing-masing tidak kira baik ataupun buruk. Ketika menjalankan tugasan ini kami dapat menerima kebaikan dan keburukan yang ada pada kami dengan hati yang terbuka.