Pengenalan Kepada Tamadun India.
Sejarah Tamadun India
Peta Lokasi
- Wujud antara tahun 2500-1800 S.M.Selepas
tempoh ini tamadun Indus telah mengalami keruntuhan kerana
kedatangan orang Aryan.
- Dikenali sebagai Zaman Vedik-->merupakan permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat tersebut kerana pada zaman itulah lahirnya agama Hindu.
- Menjelang abad ketujuh Sebelum Masihi perhatian masyarakat tersebut beralih ke Lembah Ganges.
Pentadbiran & Perundangan
- Mempunyai dua bentuk kerajaan,iaitu kerajaan kecil dan kerajaan besar.
- Kerajaan kecil bersifat kepuakan dan tidak mempunyai raja. Manakala kerajaan besar diketuai oleh raja seperti kerajaan Kashi, Kosala, dan Magadha.
- Raja mengamalkan kuasa mutlak.
- Golongan Brahmin yang bertindak sebagai penasihat dan diikuti dengan golongan Kryatria yang menjadi pemerintah tertinggi serta merupakan golongan dominan.
Ekonomi
- Pusat perdagangan yang penting termasuklah Anga,Kalinga, dan Karusa yang menghasilkan senjata,gading gajah, emas, berlian dan mutiara.
- Hubungan perdagangan dengan Macedonia, Sri Lanka, rantau Asia Tengah
dan Asia Tenggara.
- Pelabuhan yang penting yang menghubungkan India dengan
negara luar termasuklah Tamralipti, Ghantashala, Chaul, Kalyan dan lain-lain.
- Persatuan perdagangan dan perusahaan yang dikenali sebagai stresthin di setiap bandar. Matlamat adalah untuk mengawal harga, kualiti barangan, dan gaji pekerja.
- Mata wang emas digunakan
sebagai medium jual beli.
- Aktiviti perdagangan sejak Zaman Maurya sangat disokong oleh perkembangan dalam sektor perusahaan terutamanya pengeluran tekstil, kain kapas dan sutera.
Agama Hindu
- Percaya
bahawa Tuhan mempunyai enam aliran ,iaitu Saivisme, Vaishnavisme, Saktham,
Ganapathyam, Kaumaramdan Saura.
- Agama ini mendapat saingan daripada agama Buddha terutamanya semasa pemerintahan Chandragupta Maurya dan Asoka. Kegemilangan agama Hindu muncul pada masa empayar Gupta.
- Penganut agama Hindu juga mempercayai Hukum Karma yang bersabit dengan kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati.
Asal-usul perkembangan orang India
-
Sejak dari awal
lagi, Tanah Melayu telah dikunjungi oleh pedagang-pedagang India dan golongan
Brahmin.
- Selain berdagang, mereka turut mengembangkan agama Hindu dan
Buddha di Tanah Melayu.
- Jumlah orang India di Tanah Melayu semakin bertambah pada abad ke-15 pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Mereka mula mendirikan petempatan awal di Melaka yang dikenali sebagai “Kampung Keling”.
- Pembukaan Pulau
Pinang oleh Francis Light pada
tahun 1786, menambahkan jumlah orang India di Tanah Melayu.
- Menjelang tahun
1870-an, Kerajaan Inggeris telah menggalakkan kemasukan buruh India secara
beramai-ramai di Tanah Melayu akibat perkembangan pertanian dagangan seperti
kopi dan getah.
- Pada tahun 1891, jumlah penduduk India di Tanah Melayu ialah 75,000 orang dan meningkat kepada 622,000 orang pada tahun 1931.
Sebahagian besar buruh India di Tanah Melayu berasal dari India Selatan (Madras) dan India Utara (Punjab).Terdiri daripada beberapa kumpulan etnik seperti Tamil, Malayali, Telugu, dan Sikh.
Kebanyakannya tinggal di kawasan ladang atau estet-estet getah dan kelapa sawit. Sebahagiannya ada menetap di bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Taiping, Pulau Pinang dan Singapura.
CARA KEMASUKAN BURUH INDIA
Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Sistem Buruh Kontrak | Sistem Kangani | Sistem Buruh Bebas |
Majikan biayai tambang | Kangani bermaksud ketua/mandur | Buruh datang sendiri |
Buruh bekerja dengan majikan untuk jangka masa tertentu | Kangani diberi lesen & dihantar pulang ke india | Biayaan sendiri |
Bayaran minima sahaja | kangani seperti pengurus agensi | Kedatangan di atur oleh orang/ kumpulan |
Penindasan buruh terjadi | Diharamkan-penyelewengan kangani itu sendiri | Bebas memilih tempat & pekerjaan |
Sebab Penghijrahan Orang India ke Tanah Melayu
|
|
|
|
|
POPULASI KAUM INDIA DI MALAYSIA
- Bancian pada tahun 2010
Ekonomi & Pembangunan
Hasil penyelidikan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru(DEB)-->diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional.Namun dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Negara (DPN) pada 1991.
Masyarakat India banyak menceburi sektor perniagaan(antarabangsa/domestik),industri(pemprosesan,berat,ringan,desa),pelancongan,seni lukis dan seni reka,
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
- Sistem Pendidikan Sebelum Kemerdekaan
SEKOLAH | CIR-CIRI | TUJUAN |
Sekolah Tamil |
|
|
Bil | Jenis – Jenis Sekolah | Sistem Persekolahan / Ciri-Ciri Sekolah |
1 | Sekolah Kebangsaan | - Menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. - Terdapat Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Kebangsaan. - Tidak ada had kaum mahupun tahap pendidikan pelajar - Bilangannya banyak di seluruh negara. |
2 | Sekolah Kluster | - Sekolah yang telah dikenalpasti cemerlang dari segi aspek pengurusan sekolah mahupun tahap sahsiah dan akademik pelajar. - Tujuan
sekolah ini diwujudkan adalah sebagai motivasi kepada sekolah dan
sekolah luar dari kluster untuk terus membangun dan berusaha menjadi
sekolah cemerlang. |
3 | Sekolah Jenis Kebangsaan | - Menggunakan Bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar disekolah. - Namun begitu ia hanya wujud bagi sekolah peringkat rendah sahaja. - Walaubagaimanapun
had kaum tidak ditetapkan. Kaum Melayu juga bebas jika memilih untuk
belajar di sekolah jenis kebangsaan ini. Begitu juga kaum Cina ke
sekolah Tamil dan sebaliknya. |
4 | Sekolah Wawasan | - Beberapa sekolah awam, berkongsi kemudahan yang sama dalam satu kawasan Sekolah Wawasan - Menggalakkan interaksi yang rapat antara kaum - Namun
begitu dapat bantahan kaum India dan Cina kerana mereka berpendapat
penggunaan bahasa ibunda masing-masing akan menjadi terhad. |
5 | Sekolah Agama Islam | - Pilihan alternatif bagi ibu bapa atau pelajar yang ingin mendalami ilmu agama islam dengan lebih banyak dan terperinci. - Antara
sekolah agama wujud ketika ini adalah sekolah pondok. Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Agama (SMA),
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Maahad Tahfiz. |
6 | Sekolah mubaligh | - Sekolah ini diwujudkan oleh mubaligh Kristian contoh Persatuan Gereja Anglican Sarawak. - 407 buah sekolah mubaligh bantuan kerajaan di seluruh malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. - Contoh sekolah di Sabah adalah SMK St. Mary Sandakan. |
7 | Sekolah Bestari | - Menerapkan penggunaan komputer dan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) - Projek perintis dilakukan selama 3 tahun. Contoh sekolah bestari adalah SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan, Pahang - Kerajaan
menitik beratkan penggunaan IT di sekolah dan antara bantuan yang
diberikan adalah persediaan makmal IT, Bilik Server, database server
dan lain-lain. |
8 | Sekolah Teknik Dan Vokasional | - Sekolah
peringkat menengah yang memberi peluang kepada pelajar yang meminati
bidang sains dan teknologi dan mempersiapkan pelajar bagi memenuhi
tenaga kerja dalam bidang industri. - Sekolah teknik menumpukan pada bidang kejuruteraan. - Sekolah vokasional menumpukan pelajar kepada bidang kemahiran seperti kemahiran pertukangan dan pengendalian mesin. - Program
di tawarkan menjadikan pelajar potensi menjadi separa professional
atau professional dalam bidang teknikal dan kejuruteraan. |
9 | Sekolah Berasrama Penuh (SBP) | - sekolah menengah perdana yang ditawarkan kepada pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PMR. - Terdapat 54 buah sekolah semenjak 1894. - Antara yang terkenal adalah MCKK, Sekolah Seri Puteri, Sekolah Tun Fatimah, Sekolah STAR dan SMS Sultan Mohamad Jiwa. |
- Cara Masyarakat India Mendidik Anak-anak Mereka
Sesebuah masyarakat & keluarga amat mementingkan pendidikan terhadap anak-anak mereka.Pendidikan perlu dalam menjamin masa depan yang cemerlang dan kelangsungan hidup.Ibubapa perlu mendidik anak-anak dengan cara yang efektif dan rasional.Pentingnya ilmu terhadap anak-anak muda pada masa kini dalam memebentuk sahsiah diri yang cemerlang.Antara cara-cara yang boleh digunakan untuk mendidik anak-anak adalah :
- Kaedah pesanan & arahan
- Kaedah bercerita
- Kaedah soal jawab
- Kaedah merujuk pengalaman lalu
- Kaedah nasihat & teguran
- Kaedah bermain dan bergurau
- Kaedah latihan yang berterusan
Agama & Kepercayaan
Budaya kaum India kaya dengan pelbagai pantang-larang, amalan dan kepercayaan. Kebanyakan kepercayaan ini bermula bersama-sama wujudnya konsep tamadun di Benua Kecil India. Kemudian, segala kepercayaan itu berkembang bersama-sama perkembangan zaman.Masyarakat India kebanyakannya menganuti agama hindu.
Hinduisme di Malaysia biasanya dianuti oleh kaum India yang merangkumi hampir 6.37% penduduk Malaysia. Data dari Jabatan Statistik Malaysia menunjukkan bahawa daripada 1,800,000 penduduk kaum India di Malaysia, 82.7 % adalah keturunan Tamil, 7.7% Punjabi 4.7 % Malayali, 3.4 % Telegu, 1.5% lain-lain.Di Selangor terdapat 647,000 orang India dengan 810 kuil.
- PALMIST
Di sebalik kesibukan kelibat warga kota yang lalu-lalang di kaki lima, kami terpandang sesuatu yang agak menarik perhatian kami. Kelihatan seorang lelaki berusia dalam linkungan 50 an sedang bersila di kaki lima bersama-sama dengan seekor burung serindit.
Terdapat satu papan tanda tertulis Palmist di atas sangkar burung tersebut. Rupa-rupanya pak cik tersebut merupakan seorang penilik nasib. Sungguhpun kami kurang percaya dengan kewujudan aktiviti tilik nasib pada zaman yang serba canggih dan moden ini, namun itulah realiti yang membuktikan bahawa kepercayaan seperti itu masih kekal diamalkan terutama dalam budaya masyarakat India sehingga hari ini.
- Antara patung hindu yang ada di malaysia